MEI 2022

Element 25 Berminat Melabur Di Sarawak


KUCHING: Pengurusan tertinggi Element 25 Limited Australia diketuai Pengarah Urusan, Justin Brown dan Pengurus Pembangunannya, Neil Graham mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di pejabatnya di sini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak dalam kenyataan berkata, Element 25 menaruh minat untuk melabur dalam pengeluaran manganese sulpate untuk bateri lithium-ion dan melawat Sarawak bagi mengkaji kemungkinan projek tersebut.

Beliau berkata Malaysia (termasuk Sarawak) sedang menarik minat pelabur dalam sektor EV dengan adanya kilang pengeluaran kopperfoil di Kuching.

Selain itu, katanya, kerajaan sedang berunding dengan beberapa pelabur yang berminat dalam pengeluaran gas hidrogen di negeri ini dengan mengambil peluang daripada kesediaan tenaga hijau.

Menurut beliau, kegiatan pengilangan itu sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 Sarawak 2030 dengan matlamat mencapai ekonomi berpendapatan tinggi untuk kemakmuran ekonomi, masyarakat inklusif dan kelestarian alam sekitar.

Hadir sama Pemangku Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron, Pegawai Tugas-tugas Khas MINTRED, Datu Liaw Soon Eng, Pengarah MIDA Sarawak, Jona Kerani dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, Datu Muhammad Yakub Kari

Sumber dari : Jiwa Bakti